Centre’s for disease
control and prevention mengatakan bahawa, 499 kanak-kanak berumur 1 tahun
mati akibat penderaan dalam tahun 2006. Anggaran 1 dari 5 orang kanak-kanak
perempuan,manakala 1 dari 10 kanak-kanak lelaki mengalami penderaan seksual.
Penderaan didefinisikan sebagai satu keadaan dimana
kecederaan yang berlaku kepada kanak-kanak yang bukan disebabkan oleh
kemalangan. Antara jenis-jenis penderaan adalah,
penderaan dan pengabaian fizikal (kecederaan yang bukan disebabkan oleh
kemalangan tetapi dilakukan oleh penjaga ke atas kanak-kanak.),penderaan seksual (paksaan ke atas ransangan seksual
oleh seseorang yang tidak diingini termasuk ransangan secara mulut,dubur dan
faraj atau memasukkan alat seksual mahupun memaksa melakukan aktiviti seksual),
pengabaian / neglect
( gagal menyediakan keperluan asas kanak-kanak,pengabaian dalam bentuk
fizikal,pendidikan dan emosi ) dan penderaan emosi
kanak-kanak. (sebagai contoh,mengurung kanak-kanak dalam bilik gelap,menghina,memperkecilkan
kebolehan mereka).
Dari segi fizikal, kanak-kanak yang didera akan menunjukkan
tanda-tanda seperti yang berikut iaitu, kebiruan / luka/
kepatahan yang tidak dapat diterangkan sebagai contoh pada anggota badan
kanak-kanak atau terdapat bentuk-bentuk tertentu seperti bekas tangan atau
jari. Kesan lecuran yang tidak dapat diberi
keterangan yang jelas seperti, dicucuh rokok,disimbah dengan air panas dan
sebagainya. Sakit / cedera pada bahagian kemaluan
(bagi penderaan seksual)
Kesan penderaan dari segi kelakuan yang akan ditunjukkan
oleh kanak-kanak pula, mereka akan jadi sangat sensitif dimana mereka akan
bertindak luarbiasa (marah) terhadap sebarang ketidaksekesaan. Membenci tubuh
badannya sendiri kerana ianya mengingatkannya kepada kesakitan. Kurang percaya
kepada orang lain. Mengalami ketakutan yang sangat tinggi ( kerana perasaan
takut dan tidak percaya kepada orang lain). Mengalami masalah gangguan dalam
pembelajaran dan percakapan ( bagi kes penderaan yang sangat teruk). Cenderung
mendera binatang atau mengugut kawan dengan kasar.
Dalam kes sebegini,peranan ibu-bapa atau penjaga sangat
penting dan haruslah sentiasa peka terhadap perubahan-perubahan yang
ditunjukkan oleh anak-anak. Anda juga
boleh merujuk kepada, Pertubuhan
Pelindung dan Penyelamat Kanak-Kanak Selangor dan Kuala Lumpur, Jabatan kebajikan Masyarakat dan
Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, UNICEF dan NGO.
Comments
Post a Comment
Beli buku beli pen,
Tulis nota buat catatan
Terima kasih sudi komen,
kunjungan kembali dijanjikan.